Assalamualaikum,
Pagi-pagi lagi isteri minta aku hantarkan dia ketempat kerja, alamak hari ini tidak boleh sebab aku sudah ada temujanji untuk membuat rawatan bekam.
Senyum isteri aku kurang lebar daripada biasa, maklumlah dia kurang sihat hari ini. Maaflah suamimu, ada tugas yang penting menunggu tepat jam 9.00 pagi nanti.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana isteri aku faham dengan tugasku. Semoga Allah memberi perlindungan kepadanya sewaktu memandu pergi dan pulang bekerja. Amin.
8.10 pagi aku keluar pergi beli sarapan, berjumpa dengan Tuan Azrin (Pemuda Masjid Ahmadi Kampung Rantau Panjang) dia beritahu ada program untuk muslimat dan suruh aku war-warkan kepada saudara dan saudari semua.
Tepat 9.00 pagi Hamba Allah dari Shah Alam tiba di rumah aku. Rawatan bekam berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa halangan. Allah telah memudahkan kerja aku.
Seronok berbual dengan Hamba Allah ini, beliau seorang pegawai bank yang baik budi bahasa dan sopan tutur kata. Jauh perjalanan luas pemandangan. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan nikmat kepada beliau. Amin.
Terima kasih kerana sudi datang.