Keseluruhan badan sahabat menjadi letih dan lesu kerana terlalu kuat bekerja mencari rezeki sesuap nasi. Datang bertandang bertanya khabar dan berita kerana telah lama tidak bersua muka. Nampak tua dari umurnya, kesan beban tanggungan jelas di wajah. Tersenyum hambar bila ditawarkan rawatan bekam kering kerana pada pendapatnya tiada apa-apa kesan akan berlaku dalam masa terdekat. Tidak percaya lebih banyak dari percaya tentang hikmah berbekam.
Sekadar bekam kering tanpa mengeluarkan darah kotor kerana sahabat takut tubuh badannya bocor terkena jarum dari pen lencet. Maklumlah baru pertama kali mencuba, itu pun puas di pujuk rayu. Lebih kurang 1 jam juga proses rawatan bekam, bekerja perlahan-lahan sambil layan perasaan sahabat yang 50-50 tidak percaya pada rawatan bekam.Alhamdulillah, semua kerja Allah permudahkan. Lebih kurang 1 jam berikutnya barulah sahabat tersenyum girang. Sudah sedar dari beban kerisauan tanggungan, sahabat terus bersemangat ajak aku pergi ronda-ronda kolam pancing ikan Sea Lion mahu makan sea food di sana. Tiba-tiba katanya, selera mahu makan datang menerpa dan bersungguh-sungguh ajak aku sekeluarga mengikutinya. makan besarlah kami semua. Syukur padaMu Ya Allah, memberi kami rezeki yang tanpa disangka-sangka. Amin.