RECOMMENDED ARTICLES

BEKAM

 Hamba Allah yang datang berbekam kali ini terdorong menggunakan ubat-ubat perangsang yang belambak dipasaran sama ada yang tulen atau sebaliknya. Kesan sampingan mulai nampak pada wajah dan pada tubuh badannya. Kekuatannya menurun dan sentiasa menjadi lesu serta tidak fokus pada persekitaran.
 Wajah beliau menjadi pucat dan kurang bermaya, manakala tubuh badannya pula menjadi lemah dan lembik. Sistem dalamannya lemah dan kekuatan batin menurun 60%, kerana terlalu kerap buang air kecil serta mengalami sembelit yang teruk dan tidak dapat mengawal apabila hendak terkencing dan terberak.
Alhamdulillah, selesai berbekam barulah terpancar sinar keyakinan dari wajah beliau. Anak mata mula berkaca dan kelihatan segar, raup wajah kembali ceria dan darah mula meresap ke muka. Banyak darah kotor yang bertoksin keluar daripada tubuh badannya, berbau hamis dan meloyakan. Lihatlah kesan bekam, lebam dan membengkak kerana terlalu banyak sangat darah kotor.
Pesan untuk diri sendiri: Saya akan cuba elak makan atau ambil ubat-ubatan perangsang di pasaran. Bahaya, kerana banyak sangat kimia dalam kandungan ubat.