Gunalah tissue yang tebal dan berkualiti jangan guna tissue tandas yang murah. Jangan kedekut sangat wahai sahabat sekalian. Tissue tebal dapat mengawal pengaliran darah kotor dengan sempurna, darah tidak akan tertumpah ke lantai atau ke atas tilam kerana tissue tebal tahan lasak. Kalau guna tissue murah pengaliran darah kotor akan tertumpah ke lantai dan ke atas tilam kerana tissue murah terlalu nipis dan tidak tahan lasak. Jangan fikir mahu untung sahaja dalam kepala kalian semua, untung sikit tidak mengapa janji pelanggan tidak putus-putus datang ke tempat rawatan anda. Berjaya dalam menggunakan bahan yang berkualiti, menjamin kesejahteraan berpanjangan. Percayalah.