RECOMMENDED ARTICLES

Bekam Buah Pinggang

Alhamdulillah sudah 3 minggu saya dan family bercuti, tiba hari ini saya mula beroperasi sepenuh masa. 
9:00 malam sehingga 11:00 malam
Setiap hari Isnin sehingga Jumaat.
(Sabtu dan Ahad cuti)
Harga RM 100.00 sahaja 5 tapak + + +.

Tadi ada tetamu datang berbekam untuk penyakit buah pinggang. Syukur rawatan bekam berjalan dengan lancar dan teratur. Banyak titik bekam yang dipengaruhi dengan darah kotor bertoksid dapat dikesan. Semua sekali ada 19 tapak titik bekam yang perlu di rawat dengan segera.
Sebelum ini pesakit mengalami masalah sakit buah pinggang yang berpanjangan. Sudah jumpa doktor pakar di hospital tetapi masalah masih belum berkurangan.
Mungkin juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah yang telah lama bersarang dalam badan.
Beliau mengalami ruam dan kegatalan yang akan menyebabkan bertambah teruk sistem ketahanan badan.
Katanya kepada saya, beliau juga kerap berasa pening kepala. Masalah kurang minum air 2 liter 1 hari salah 1 penyebabnya. Makan ubat tanpa nasihat doktor dan kurang bersenam.
Baru hendak memulakan sesuatu tugas beliau sering mengalami keletihan yang melampau, seolah-olah menanggung beban kerja yang sangat berat.
Oleh yang demikian disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang, Beliau datang berbekam dengan saya pada hari ini dengan senang hati.
Semoga Hamba Allah ini mendapat kesembuhan yang baik daripada Allah Ta'ala.
Aamiin.