RECOMMENDED ARTICLES

Bekam Penyakit Kurap

 Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkit.
 Seperti berikut:-
Kurap badan (Tinea corporis)
Kurap kuku (Tinea unguium)
Kurap groin (Tinea cruris)
Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
Kurap janggut (Tinea barbae)
Kurap kaki (Tinea pedis)
Kurap muka (Tinea faciei)
Kurap tangan (Tinea manuum)
 Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.

 Kurap badan (juga dikenali sebagai Tinea corporis, Tinea circinata, dan Tinea glabrosa) merupakan jangkitan kulat luaran (dermatofitosis) pada lengan dan kaki, terutamanya pada kulit tidak berambut, tetapi ia mungkin berlaku pada mana-mana bahagian badan.
 Kurap badan akan menyebabkan tompok-tompok gegelang bulat merah yang gatal. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, sama ada daripada orang lain ataupun haiwan peliharaan/ternakan. Selain itu kulat juga boleh dipindah melalui pakaian dan sebagainya.
 Pengidap penyakit kurap akan mengalami rasa gatal yang melampau jadi sebagai alternatif rawatan, perawat perlu bekam untuk menghilangkan rasa gatal dari darah kotor yang telah bercampur dengan kuman kurap.

 Rajah di atas adalah rujukan untuk melakukan rawatan bekam pada titik-tikik tertentu pada tubuh badan pesakit. In Sha Allah berkesan dan perlulah datang 2 atau 3 kali untuk melakukan rawatan kerana darah kotor masih ada sekiranya kesan kurap masih belum habis dari tubuh badan.
 Perlu diingatkan, supaya pesakit membasuh semua pakaian dengan air panas untuk memastikan kuman kurap terus mati.  Amalan berpantang makan juga perlu kerana kuman kurap aktif dan mudah membiak.
 Rajah di bawah adalah rujukan untuk melakukan rawatan bekam pada titik-tikik tertentu pada tubuh badan pesakit bagi penyakit jangkitan kuman pada tubuh badan. 
Jangan biarkan penyakit merunsingkan fikiran anda, carilah jalan menuju kepada pengubatan. In Sha Allah, urusan anda akan dipermudahkan. Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah menjauhkan penyakit daripada kita. Amin.