RECOMMENDED ARTICLES

Gauze

 Apa itu gauze? Gauze adalah kain kasa yang kuat dan tebal serta beralun nipis. Kain kapas menyerupai kain bulu yang jalinanannya teratur rapi.
 Sebagai perawat bekam eloklah guna gauze untuk ganti tissue semasa mengelap darah yang melekat pada tubuh badan pesakit. Darah kotor yang telah kering dan meresap atas kulit yang telah di bekam.
 Guna tissue juga boleh tetapi tissue akan terkoyak, maka seeloknya gunalah gauze. Gauze memang tahan lasak daripada terkoyak, ia juga dapat meresapkan darah dan air cukup pantas dan baik sekali.
 Banyak kegunaan dan kebaikkan gauze, maka seeloknya perawat bekam selalulah menggunakannya. Alternatif untuk memudahkan kerja dan cepat dalam menangani masalah darah kotor yang kekeringan. Lihat para jururawat sama ada wanita dan lelaki semua guna gauze dalam rawatan mereka. Kita semua tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk guna gauze dalam rawatan bekam supaya nampak lebih teliti dan dipercayai.