Mari kita mulakan kerja dengan bismillah..... Bekam menjadi satu perkara yang sangat dihargai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Mengapa dikalangan masyarakat Melayu masih mengabaikan bekam? tepuk dada tanya selera.
Mustahil anda semua tidak pernah dengar tentang kehebatan rawatan bekam. Lebih percaya terhadap ilmu kedoktoran orang-orang Yahudi dan Nasrani. Gasak kaulah, suatu hari nanti anda semua akan menyesal tentang kealpaan kalian semua.
Penyembuhan penyakit kaedah bekam cara Rasulullah s.a.w. patut disambut gembira semua lapisan masyarakat Melayu. Zaman kita sekarang adalah zaman menaikkan semula amalan sunnah yang dilakukan pada 1435 tahun dahulu, bahkan dari zaman Nabi Musa a.s. sudah berkembang ilmu bekam ke seluruh dunia hingga saat ini.
Buanglah ubat-ubatan sintetik yang mahal. Bekam lebih praktis, tanpa kesan sampingan. Murah serta boleh mengatasi banyak penyakit yang tidak boleh ditangani oleh perubatan moden.
Jom masyarakat Melayu kita mendalami ilmu warisan Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat lengkap ini, iaitu bekam. Bukalah mata dan minda untuk memahami pengubatan dengan kaedah bekam ini.
Kesembuhan segala jenis penyakit adalah dengan izin Allah s.w.t. kita sebagai hamba yang lemah kenalah berubat dan beriktiar untuk mencari kebaikkan. Janganlah berharap sangat pada ubat-ubatan kimia kerana kesan sampingannya sungguh mengerikan.