RECOMMENDED ARTICLES

Al Hijamah

 Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat banginda.
Dalam usaha untuk menambahkan ilmu bekam dalam kalangan masyarakat kini, syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya dapat berkongsi satu sessi lagi rawatan bekam.
Sebagai juru bekam, besar harapan saya agar blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Semoga amalan yang baik ini mendapat keredaan Allah S.W.T.
Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada saya. Oleh itu, teguran membina amat dialu-alukan.
Bekam, siapa yang tidak tahu bekam? Mungkin bagi sebahagian orang, bekam tergolong dalam kategori rawatan yang menyakitkan. Hal itu disebabkan tubuh pesakit keluar darah. Sebenarnya bekam tidaklah sakit seperti digembar-gemburkan oleh orang yang belum pernah mencuba rawatan ini. Bekam langsung tidak sakit, malah apabila darah dikeluarkan pesakit tidak akan merasa apa-apa. Meskipun kelihatan menyakitkan, namun perlu anda ketahui bahawa bekam memang tidak sakit.
Pelbagai penelitian yang dilakukan oleh pakar perubatan, bekam membuktikan bahawa rawatannya adalah terbaik kerana dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Bermula daripada penyakit yang ringan sehinggalah kepada penyakit yang berat.
 Jika anda menderita sakit segeralah mencari ubatnya, salah satu ubatnya adalah melakukan bekam pada tubuh badan sama ada bekam kering atau bekam darah.
Sabda Nabi S.A.W:
Ertinya:
"Berubatlah anda, maka sesungguhnya Allah S.W.T tidak mendatangkan penyakit, kecuali mendatangkan juga ubatnya. Hanya satu yang tidak ada ubatnya yakni "tua".
(Riwayat al-Tirmidzi)
Sekiranya anda selesai melakukan bekam dan memerlukan semula tenaga yang hilang eloklah mandi air suam selepas 4 jam rawatan dan perbanyakkan makan kismis dan minum air halia madu. Tubuh badan anda akan segar dan terasa hangat bertenaga.