Apa itu wipe tissue? Ia adalah sejenis tissue basah yang tidak mudah koyak. Sesuai untuk perawat bekam menggunakannya dalam sessi rawatan bekam. Mahal daripada tissue kering biasa. Wipe tissue memang terbukti tahan lasak. Secara peribadi saya telah menggunakannya sekian lama dahulu, memang satu alternatif kearah kemudahan kepada perawat bekam menggunakanya. Saya syorkan gunalah wipe tissue sebab mudah dan berkesan dalam urusan membuang sisa darah kering dari tubuh badan pesakit setelah rawatan bekam dijalankan. Tiada alkohol pada wipe tissue ini. Kalau mahu buang bulu atau rambut wipe tissue terbukti berkesan kerana helaian bulu atau rambut tidak beterbangan di merata tempat. Kandungan air dalam wipe tissue tidak menitis dan cukup untuk melakukan sesuatu kerja pembersihan.