RECOMMENDED ARTICLES

Bekam Gout

Assalamualaikum kawan-kawan semua, hari ini seorang hamba Allah dari Kelantan datang memenuhi temujanji untuk membuat rawatan bekam penyakit gout.
Pasti di antara kita semua tidak ramai mahu menerima rawatan bekam yang di suruh oleh sunnah. Mereka lebih bersedia menerima rawatan dari hospital kerajaan atau klinik-klinik swasta. Makan pil atau kapsul beribu biji dan hasilnya kurang memuaskan. Terpaksa hantuk kepala ke dinding sebab fikiran sudah buntu mahu cari kaedah penyembuhan penyakit gout.
Kita rakyat Malaysia direkrut oleh Yahudi dan Nasrani supaya percaya bulat-bulat dengan kaedah rawatan yang mereka sediakan. Walhal sebenarnya, kita hanyalah tikus makmal untuk diuji kaji setiap masa dan waktu. Siang, malam, pagi dan petang kita diperbodohkan. Tepuk dada tanya akal, berakalkah kita sering di tipu dan di tipu?
Luangkan sedikit masa untuk mencari info tentang rawatan bekam. Beri kepercayaan pada perawat bekam untuk merawat anda. Ingatlah bekam adalah sunnah nabi. Sebagai muslimin dan muslimat kita mahu percaya pada orang kafir ke? Ketahuilah, kita sudah lama kena tipu dari sejak lahir lagi. Mari kita merubah hidup dengan mengamalkan rawatan jenis kaedah berbekam. Kita tidak akan rugi. Percayalah.
Istilah alergi terhadap rawatan tradisional atau rawatan kampung biasanya orang yang lupa daratan. Jom kita semua kembali kepada asal fitrah. Buang yang keroh ambil yang jernih. Perkara yang baik kita dulukan manakala perkara yang buruk kita jauhkan. Kita berdiri atas dasar menang-menang bukan kalah mati. Fikirlah untuk kesihatan abadi, senang solat, senang beriadah, senang menjalankan aktiviti seharian dan senang segala-galanya. Kesenangan itu bukan hak orang lain tapi hak mutlak kita. Selagi nafas dikandung badan.