RECOMMENDED ARTICLES

Povidone Iodine Solution

Nama Generik atau Bahan Aktif: Povidone iodine
Kegunaan: Terdapat dalam bentuk krim, losyen atau salap untuk merawat luka terbakar.
Bagaimana ia bertindak: Larutan povidone akan menghasilkan iodine yang bertindak membunuh bakteria, kulat, virus dan protozoa.
Jangan guna ubat ini jika: Anda mempunyai sebarang alahan terhadap povidone atau iodine.
Sebelum mengguna ubat ini:
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktort sekiranya anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai masalah kelenjar thyroid.
  • Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat ini untuk kanak-kanak.
Penggunaan bersama ubat lain: Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat seperti lithium, vitamin, suplemen atau produk tradisional, kerana sesetengah ubat mungkin mempunyai interaksi dengan ubat lain.
Bagaimana menggunakan ubat ini: Ikut arahan yang tertera pada label ubat anda. Rujuk ahli farmasi jika anda tidak faham atau memerlukan penerangan lanjut. (National Call Centre)
 
Cara penggunaan:
  • Basuh tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat ini.
  • Sebelum menyapu ubat, bersihkan luka terbakar dengan berhati-hati untuk membuang sel kulit mati.
  • Sapu ubat povidone iodine pada bahagian melecur dengan serta-merta dan biarkan selama 3 jam. Luka boleh dibalut sekiranya perlu.
Masa penggunaan:
  • Satu atau dua kali sehari.
  • Tempoh penggunaan sehingga luka anda sembuh.
  • Jika anda terlupa untuk menggunakan ubat ini ambil dos tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Abaikan dos tertinggal sekiranya masa pengambilan untuk dos seterusnya sudah hampir. Jangan gandakan dos anda.
Semasa menggunakan ubat ini:
  • Perkara yang perlu dilakukan adalah maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengalami sebarang alahan terhadap ubat ini. Jumpa doktor untuk rawatan lanjut sekiranya luka anda tidak sembuh atau menjadi lebih teruk.
  • Perkara yang TIDAK boleh dilakukan adalah jangan sapu ubat ini berdekatan mata, mulut atau hidung anda.
  • Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain.
  • Jangan panaskan cecair ubat ini sebelum ia digunakan.
  • Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.
Kesan sampingan yang mungkin dialami: Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan.
 
Kesan sampingan yang biasa dialami:
  • Ruam
  • Rasa gatal
  • Edema (bengkak) setempat

Penyimpanan dan pelupusan:
  • Simpan pada suhu bilik dan di tempat yang kering
  • Lindungi dari cahaya
  • Jauhkan dari kanak-kanak
  • Jangan gunakan ubat yang telah melebihi tarikh luput
  • Kembalikan ubat yang tidak digunakan atau sudah luput kepada farmasi yang berdekatan.

Povidone Iodine Solution 1 Gal.

RM 150.00 TERMASUK WANG POS