RECOMMENDED ARTICLES

Bekam Terapi Kekuatan

Lebih afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismilah dan seterusnya membaca Surah Al-Fatihah. Langkah seterusnya menadah tangan untuk berdoa kepada Allah Ta'ala semoga segala pekerjaan yang hendak dilakukan berjalan dengan lancar serta teratur mengikut jadual dan perlaksanaanya.
Bekam terapi kekuatan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, penyakit zahir dan penyakit batin.



Penyakit Zahir, kita mudah untuk melihat atau mengamati secara jelas akan penyakit yang dihidapi oleh pesakit yang sedang mengalaminya.
Penyakit Batin, kita susah untuk melihat atau mengamati secara jelas akan penyakit yang dihidapi oleh pesakit yang sedang mengalaminya.
Kedua-dua jenis penyakit zahir dan penyakit batin sangat jelas perbezaannya. Penyakit zahir mudah untuk kita rawat manakala penyakit batin pula agar sukar untuk merawatnya.
Sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit adalah ayat-ayat suci Al Quran. Apa yang kita semua hajati akan diperkenankan oleh Allah Ta'ala. Sentiasalah beristiqamah dalam mencari penawar sama ada penyakit yang nyata atau penyakit yang tersembunyi.
Amalkan amalan Sunnah, In sha Allah kita akan terpelihara dari penyakit yang kronik serta merbahaya. Jauhi makanan dan minuman dari sumber yang haram, sebab permulaan penyakit bermula dari kehitaman pada hati iaitu titik-titik hitam yang terdapat pada hati dan sekitarnya.
Belum berumur sudah lemah anggota badan, walaupun kelihatan perkasa tetapi dalaman menjadi kecut tidak bertenaga. Tiba hari tua sebelum waktunya, semangat hidup zahir dan batin terbantut disebabkan penyakit yang misteri. Ubahlah sikap, displinkan diri mencari keredhaan Allah Ta'ala. In sha Allah ada jalanNya memimpin kita semua untuk hidup sihat sejahtera.

Allah hualam.