RECOMMENDED ARTICLES

Bekam (Hijamah)


Ramai dikalangan orang Malaysia sekarang terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, lumpuh (stroke) kerana penyumbatan pembuluh darah otak, gout, batu karang, asma, lemah syahwat, senggugut, haid yang tidak teratur, lemah sendi, migraine, tekanan jiwa yang berat (stress), penyakit jantung dan lain-lain lagi.

Sebenarnya semua jenis penyakit di atas sangat berbahaya menyebabkan pesakit akan mengalami kesakitan sepanjang masa dan boleh menyebabkan kematian. Jika ia berlaku, rawatan berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah berkenaan ialah dengan menggunakan kaedah berbekam (hijamah).
Kaedah berbekam memberi rawatan terbaik kepada pesakit yang bukan saja berfungsi untuk rawatan kesihatan , malah membuang darah kotor yang bercampur dengan toksid dengan sempurna. Tanpa perlu sebarang pembedahan yang menyakitkan dalam jangka masa yang panjang.

Cegah sebelum parah, kaedah berbekam mampu mengatasi masalah yang sedang anda semua hadapi. Kandungan gula dan asid amino dalam badan kita terlalu banyak, kita perlu buang darah kotor yang menyebabkan bisa-bisa di badan kita. Utamakan kesihatan tunjang utama untuk kehidupan kita.
Kalau badan tidak sihat penyakit senang datang dan susah pula untuk sembuh, ada duit beribu pun tidak berguna lagi kalau penyakit sudah menghimpit. Rebutlah peluang untuk membuat rawatan bekam. Anda pasti tidak akan menyesal, kesihatan menjamin kesejahteraan.
Sekarang di rumah saya ada promosi berbekam. Jemputlah datang, sebelum itu buat temujanji terlebih dahulu. Jangan berlengah lagi marilah kita mencegah sebelum terlambat, jangan sampai kita gigit jari.
Allah Hualam.