RECOMMENDED ARTICLES

Bekam

Assalamualaikum, lamanya aku tidak update blog rawatan bekam lelaki ini. Bersawang sudah hahaha. Walaupun tidak update dalam blog ini tetapi ramai juga para pesakit datang membuat rawatan bekam dengan aku. Alhamdulillah rezeki itu janji Allah yang pasti untuk hamba-hambanya.
 Kali ini bekam 17 tapak untuk buang 72 jenis penyakit darah kotor yang bercampur toksin.
 Rawatan bekam berjalan dengan lancar pada pukul 9:00 pagi ini. 
 Sekarang musim panas cuaca agak terik jadi mudah penyakit berjangkit boleh tular.
 Kena perbanyakkan minum air sebab badan kurang air akan mudah terkena penyakit.
 Makanlah makanan yang berkhasiat ikut diet yang disarankan oleh doktor, untuk badan sihat dan kuat.
 Ada masa lapang beriadah ikut kemampuan, jangan paksa sangat bersukan takut nanti mudarat badan dengan beban kepenatan yang berlebihan.
 Dekatkan diri kepada Allah S.W.T supaya jiwa dan raga tenang, jangan ada kerungsingan dan kemurungan sebab perkara itu akan menjejaskan tubuh badan kita. Elak daripada melakukan perkara yang sia-sia tumpukan kepada keluarga. Mereka adalah penyembuh sakit kita.
 Kalau berminat mahu datang berubat hubungi Kamal di talian 0123173407. In sha Allah.
 Harga berpatutan dan masih ada budi bicara jangan takut, jangan malu dan jangan was-was jemput datang.
Banyak kali sudah cakap rawatan hanya untuk lelaki sahaja tidak untuk wanita. Harap maklum.