Eloklah bekam sahaja tubuh badan, segerakan buang darah kotor yang bertoksid. Buat apa simpan lama-lama darah kotor dalam tubuh, lagi pun badan pesakit sudah pencen. Lagi lama perapkan darah kotor lagi melarat sakitnya. Berbekam adalah amalan yang baik dan digalakkan untuk berbuat demikian.
Alhamdulillah, selepas melakukan rawatan bekam terpancar kelegaan pada wajah pesakit. Sudah buang darah kotor, maka muka terus jadi bersih dan ceria. Sebelum melakukan rawatan bekam pesakit kelihatan lemah dan tidak bertenaga. Selepas melakukan rawatan bekam pesakit kelihatan terlebih gembira dan bersemangat.
Sebelum pulang pesakit bagi kad jemputan kahwin menjemput aku pergi kenduri, katanya mahu kahwin kali ke 3. Syukur pada Allah. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.