Gunalah kapas yang berkualiti jangan guna kapas murah yang boleh menyebabkan helaiannya bercerai-berai ketika membuang sisa-sisa kotoran daripada tubuh badan pesakit. 1 kapas sekali guna sahaja jangan guna lebih daripada 2 kali kerana faktor kebersihan. Perlu pastikan kapas sentiasa tertutup rapat di dalam plastik supaya habuk tidak melekat keatasnya. Buang kapas yang telah digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan jangan buang sebarangan kerana takut penyebaran bekteria. Darah kotor yang bercampur toksin terlalu bahaya dan jangan pandang ringan terhadapnya. Kebersihan perlu diutamakan. Banyak tempat rawatan bekam mengabaikan kebersihan. Kebersihan menjamin kesejahteraan. Kalau kotor pelanggan akan datang sekali sahaja dan akan membawa mulut kesana kemari memberi maklumat kepada para pelanggan lain tentang kekotoran yang berada di tempat rawatan kita. Biar untung sikit janji kita tidak putus pelanggan. Tiada pelanggan maka berkuburlah tempat rawatan kita.