RECOMMENDED ARTICLES

Bekam

 Dalam jangka masa 35 tahun sehingga 50 tahun mudahlah seseorang mengalami lemah syawat. Akibat dari keracunan makanan dan minuman. Pada usia ini urat saraf semakin mengendur dan lemah, berlakulah perubahan fizikal yang amat ketara.
 Tenaga semakin lesu, aliran sel darah yang menggerakkan dan merangsangkan ke arah ghairah berahi atau naik syawat tidak berupaya menaikkan zakar. Akhirnya hanya memiliki ghairah nafsu seks sahaja yang memuncak, sedangkan zakar tidak bertenaga.
 Apabila tiada tenaga syahwat dan ghairah maka tidak hairanlah jika banyak kaum lelaki pada hari ini mengalami kelesuan jasmani. Kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.
 Faktor makanan yang kita makan banyak terkandung baja dan racun serangga (pada tumbuh-tumbuhan) dan suntikan (pada haiwan), akan mengakibatkan keracunan mengalir dalam tubuh badan kita.
 Keupayaan hormon (mani) yang sangat berfungsi dalam menaikkan ketegangan zakar akan menurun dan lama kelaman zakar tidak berupaya untuk naik. Air mani pun menjadi semakin cair. Fizikal badan mengembang dan kekuatan syahwat menjadi lemah.
 Apakah petunjuk yang boleh diambil dari masalah ini? Kita mesti memberi keutamaan kepada rawatan bekam kerana melaksanakan amalan sunnah dan mencegah datangnya penyakit.
 Bekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik, di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan rohani dan jasmani.
 Bekam pada tanggal 17, 19, dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit. Bekam bermanfaat kepada semua lelaki dan wanita, merupakan salah satu bentuk pengubatan yang paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturannya.
 Buanglah darah kotor daripada tubuh badan kalian semua, marilah kita menuju kesihatan dan kejayaan. Badan sihat jiwa akan lebih sihat lagi, selamat mencuba rawatan bekam.