RECOMMENDED ARTICLES

Disposable Razor

Dikalangan orang Malaysia ia dikenali sebagai pisau cukur. Perawat bekam mesti sediakan disposable razor setiap masa, semasa melakukan rawatan bekam. Kegunaannya untuk buang bulu atau rambut yang mengganggu proses penyedutan darah kotor. Hanya guna sekali sahaja untuk satu-satu pesakit. Jangan guna pakai kepada pesakit seterusnya dikuatiri mata pisau tercemar dengan kuman dan bekteria. Proses bekam pada kulit yang terhalang dengan bulu atau rambut akan melambatkan kerja. Gelas yang diguna pakai sebagai alat sedutan tidak dapat menyedut tempat darah kotor dengan sempurna. Kerja menjadi susah krana terhalang dengan bulu dan rambut pesakit. Maka sebaiknya cukur atau buang dahulu bulu atau rambut yang mengganggu proses rawatan bekam.