Rawatan Bekam Lelaki.
Ada banyak sebab lelaki dewasa lemah badan dan cepat menjadi tua sebelum tiba waktunya antaranya:
Banyak jimak.
Banyak angan-angan (khayal).
Banyak minum air dingin dipagi hari.
Banyak makan makanan yang asam dan minum alkohol.
Penyakit dalam badan merayap perlahan-lahan tanpa kita sedari. Leka dengan makanan dan minuman yang lazat-lazat iaitu :
Kekuatan akal akan lebih cergas sekiranya kita amalkan :
Selagi ada nafas beriktiarlah untuk bekam, lakukanlah walau sekali seumur hidup agar berbuat sesuatu perkara sunnah. Bekam adalah rawatan alternatif yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat. Buanglah darah kotor yang ada dalam tubuh badan. Biar kita semua dijamin sihat walafiat hendakNya. Semua rahsia penyakit ada rahsia penawarnya. Kita perlu cari untuk kesembuhan.
Ada banyak sebab lelaki dewasa lemah badan dan cepat menjadi tua sebelum tiba waktunya antaranya:
Penyakit dalam badan merayap perlahan-lahan tanpa kita sedari. Leka dengan makanan dan minuman yang lazat-lazat iaitu :
- Gula.
- Garam.
- Ajinamoto.
- Perwarna tiruan.
- Bahan pengawet.
- Terlalu banyak jimak menyebabkan badan menjadi penat dan lesu kurang bermaya perjalanan darah menjadi lembab serta tidak teratur.
- Kurang tidur dan suka berjaga sehingga lewat malam serta sering kali berembun. Badan akan banyak terkandung angin, saluran urat darah menjadi tersekat-sekat kerana banyak angin dalam tubuh badan.
- Makan yang terlalu kenyang dan badan akan menjadi malas, lemak akan membiak dengan lebih aktif.
- Menahan kencing, mengundang penyakit batu karang. Boleh menyebabkan lemah batin dan zakar akan mati pucuk.
Kekuatan akal akan lebih cergas sekiranya kita amalkan :
- Meninggalkan bicara yang tidak bermanfaat.
- Selalu gosok gigi.
- Berkawan dengan orang berilmu.
- Mengamalkan ilmu yang bermanfaat.
- Makan daging kambing, lembu dan daging lain-lain.
- Berwangi-wangian.
- Berpakaian rapi dan bersih serta harum.