Dalam masa 8 minit peralatan bekam serta aksesorinya akan disteriliser dengan suhu 100°C.
Cukup mudah digunakan hanya tambah air dengan sukatan yang betul dan letak peralatan bekam serta aksesorinya kedalam bekas yang telah disediakan.
Berdasarkan prinsip hospital, haba yang intensif stim 100°C dapat menghapuskan bakteria berbahaya dengan ketepatan 100%.
Kapasitinya besar dan boleh letak 18 gelas bekam untuk disteriliser dan kena modified sikit tempat electric steam steriliser ini.
Kebetulan ada Publishing Mom & Baby Expo 2015 bertempat IDCC Shah Alam, dapatlah aku beli dengan harga yang berpatutan. Kalau ikut harga asal RM 150.00 tetapi apabila beli dekat expo harga jadi RM100.00 sahaja.
In sha Allah aku akan guna electric steam steriliser ini untuk semua jenis alatan bekam yang ada dalam simpanan supaya terhindar dari kuman yang kotor.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, asalkan bersih, suci dan halal maka berkat di dalam mencari rezeki lebih afdal.
Cermin kebersihan adalah keimanan.