Pesakit : "Assalamualaikum, buatlah apa yang patut pada badan saya ini. Maklumlah sudah berumur dan kurang beriadah". Itulah kata-kata seorang tetamu baru sahaja datang ke rumah aku untuk berbekam. "Saya belum pernah bekam, takut dan seram rasanya. Hati macam tidak tenteram terasa sesak pulak nafas ini bila fikir badan akan di cucuk-cucuk dengan jarum sampai keluar darah". Muka stress dan penuh dengan kerisauan.
Alhamdulilah rawatan bekam terus berjalan dengan lancar dan teratur tanpa ada gangguan dari anasir-anasir yang tidak diingini. Hampir 2 jam rawatan bekam berlangsung, macam-macam cerita suka dan duka kami berborak. Sungguh, kami memang serasi bersama. Allah huakbar Allah Maha Besar, memujaNya begitu indah. Semua kemudahan datang daripadaNya.
Hamba Allah yang datang kerumah kali ini beri hadiah kayu hujan panas jantan dan betina kepada aku. Allah hurobbi, mulianya hati beliau. Sebenarnya aku memang sudah lama mahu mencari kayu hujan panas tapi belum berkemampuan untuk memilikinya sebab harganya terlalu mahal dipasaran. Peristiwa dan rezeki yang tanpa disangka-sangka. Rahsia Allah.
Dengan rendah hati dan tawaduk aku mulakan kerja dengan mencari 72 jenis titik asas penyakit yang sememangnya popular kepada perawat bekam seluruh alam ini. Aku jalankan tugas sambil bertawakal pada Allah agar hamba Allah yang datang kali ini selesa berbekam dengan aku. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada beliau walau apa jenis penyakit sekalipun dalam tubuh badannya. Ingat pesan guru tua, 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Aku ikhlas sesungguhnya sesiapa sahaja yang pernah datang bertandang kerumah aku ini, aku mahu berkawan kerana Allah. Tiada daya aku menolak kawan-kawan yang baik budi pekerti dan mulianya hati. Jemputlah datang kerumah aku minum kopi dan makan sireh.